Wednesday, December 28, 2005

jihad = bersusah-payah dan berkorban keranaNYA

"katakanlah ya Allah pemilik kerajaan alam buana, Engkau memberi kekuasaan kepada sesiapa yang engkau suka. Engkau merampas kekuasaan itu dari sesiapa sahaja yang engkau mahu. Engkau berkuasa memuliakan dan menghinakan siapa yang engkau mahu. Ditangan mu (wahai Allah) segala kebaikan dan kekayaan. sesungguhnya engkau berkuasa berbuata apa sahaja terhadap apa sahaja. Engkau menabirkan siang dengan malam , dan malam , dan malam dengan siang, dan engkau menerbitkan suatu yang hidup dari suatu yang kaku/mati, sebagaimana engkau melahirkan yang kaku/mati dari sesuatu yang hidup. Engkau memberi rezeki tanpa terhitung kepada sesiapa sahaja yang engkau mahu."(surah Ali "imran)

lihatlah bertapa Allah sudah menjanjikan dan memberi bukti kepada kita bahwa DIA senang saje memberi dan menarik balik suatu nikmat yang sangat diidamkan oleh makhluk yang bernama "insan" yang sentiasa lalai dan leka. hatta haiwan pun inginkan kekuasaan supaya dapat mengawal kawasanya. tetapi ternyata saje manusia tak pernah sedar dan insaf dgn janji Allah ini, cuba kita lihat saddam hussein yang dahulunya gah sebagai pemerintah yang memounyai tentera yang kuat akhirnya mudah saje dikalahkan oleh "Amerika laknatullah" , lihat saje amerika yang ranap sesudah cik "katrina" melintasi negara itu. mudah saje tuan2. tidak perlu pesawat canggih, tidak perlu bom nuklear, sekelip mata hancur musnah seluruh kawasan.

Jadi kenapa kita perlu sombong pada Allah? sedang Allah telah berfirman (3:92)"kamu tidak(digunakan perkataan 'lan' yg bererti tidak utk selama2nya) akan mencapai kebaikan/kebajikan yg sempurna, sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. dan apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah maha mengetahui"
lewat kita berpendirian seperti ingin melampaui dan mencari jalan bahagia dan terkadang terjerumus kedalam dunia maya yg ingin "mencari cinta" sendiri . jadi ape yang kita dapat cinta mainan sementara yang hanya berlandaskan nafsu dan inginkan publisiti. apakah kita sudah kuat benar utk melawan kata-kata Allah yang maha mengetahui itu, tidak takutkah kita pada janji azabnya yang maha dahsyat, masyarakat kita sudah melarat, bangsat, dan merempat namun kita masih senang duduk bersembang tentan AF, malaysian idol dan segala macam lagi..... tidak dapat digambarkan rase sedih melihat masyarakat kita yang kononya bertamadun dan maju sedang sebenarnya kita lebih hina dari haiwan. cuba kita lihat senario masyarakat yang sudah tidak kenal anak dan saudara semua diratah tanpa belas, dan wanitanya pulak mengalahkan mat salleh terbelah sane terbukak sini, sedangkan haiwan pn mempunyai bulu utk menutup dan melindungi tubuh. Jadi kita sebagai pemuda - pemudi islam marilah bersama kt kt menjadi suatu trigger kepada masyarakat agar dapat berubah sebelum terlambat. sesungguhnya Allah berfirman(2:267) "hai org2 yg beriman, nafkahknlah (dijalan Allah) sebahagian dari hasil usahamu yg baik2 dan sebahagian dari apa yg kami keluarkan dari bumi untuk kamu. dan jgnlh kamu memilih yg buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya, padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dgn memejamkan mata terhadapnya. dan ketahuilah bahwa Allah maha kaya lagi maha terpuji."maka kt sebagai pemuda pemudi islam yg berjiwa besar segeralh kita bertindak dan berjihad ke jalanNYA sesungguhnya 'tidak akan miskin jika kita membela islam'. mungkin kemanisan itu tdk dibayar disini kerana nikmatnya tak terbayar oleh dunia,namun pasti kita takkan menyesal. siapa lagi jika bukan kita dan bila lagi jika bukan sekarang.