Saturday, January 14, 2006

IMAN ADALAH MUTIARA

kenapa orang tanye nape kene pakai tudung, nape perlu tutup aurat???nape?? ade yg kate kecantikan tu perlu di tunjuk kat orang lain spy baru lah orang tengok skit... ade yg kate nak kongsi kecantikan yg Allah bg... tp sebenarnya perempuan dan kecantikan mereka ibarat mutiara yg perlu dibalut bukan kerana nak menutup kecantikan tetapi nak jaga dan kekal kecantikan yg ade ...supaya tetap bersinar gemilang. mutiara tetap mutiara takkan pernah berubah menjadi manik tau segala macam lagi yg nilai dan harganya kurang dihargai... seperti manik yg berlakon menjadi mutiara... soo... skang pilihan ade dua sahaja kerana tiada antara dua dalam islam kita nak jadi mutiara yg dihargai atau manik yg bertopengkan mutiara yg semakin hari kehilangan megahnya...

Wednesday, December 28, 2005

jihad = bersusah-payah dan berkorban keranaNYA

"katakanlah ya Allah pemilik kerajaan alam buana, Engkau memberi kekuasaan kepada sesiapa yang engkau suka. Engkau merampas kekuasaan itu dari sesiapa sahaja yang engkau mahu. Engkau berkuasa memuliakan dan menghinakan siapa yang engkau mahu. Ditangan mu (wahai Allah) segala kebaikan dan kekayaan. sesungguhnya engkau berkuasa berbuata apa sahaja terhadap apa sahaja. Engkau menabirkan siang dengan malam , dan malam , dan malam dengan siang, dan engkau menerbitkan suatu yang hidup dari suatu yang kaku/mati, sebagaimana engkau melahirkan yang kaku/mati dari sesuatu yang hidup. Engkau memberi rezeki tanpa terhitung kepada sesiapa sahaja yang engkau mahu."(surah Ali "imran)

lihatlah bertapa Allah sudah menjanjikan dan memberi bukti kepada kita bahwa DIA senang saje memberi dan menarik balik suatu nikmat yang sangat diidamkan oleh makhluk yang bernama "insan" yang sentiasa lalai dan leka. hatta haiwan pun inginkan kekuasaan supaya dapat mengawal kawasanya. tetapi ternyata saje manusia tak pernah sedar dan insaf dgn janji Allah ini, cuba kita lihat saddam hussein yang dahulunya gah sebagai pemerintah yang memounyai tentera yang kuat akhirnya mudah saje dikalahkan oleh "Amerika laknatullah" , lihat saje amerika yang ranap sesudah cik "katrina" melintasi negara itu. mudah saje tuan2. tidak perlu pesawat canggih, tidak perlu bom nuklear, sekelip mata hancur musnah seluruh kawasan.

Jadi kenapa kita perlu sombong pada Allah? sedang Allah telah berfirman (3:92)"kamu tidak(digunakan perkataan 'lan' yg bererti tidak utk selama2nya) akan mencapai kebaikan/kebajikan yg sempurna, sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. dan apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah maha mengetahui"
lewat kita berpendirian seperti ingin melampaui dan mencari jalan bahagia dan terkadang terjerumus kedalam dunia maya yg ingin "mencari cinta" sendiri . jadi ape yang kita dapat cinta mainan sementara yang hanya berlandaskan nafsu dan inginkan publisiti. apakah kita sudah kuat benar utk melawan kata-kata Allah yang maha mengetahui itu, tidak takutkah kita pada janji azabnya yang maha dahsyat, masyarakat kita sudah melarat, bangsat, dan merempat namun kita masih senang duduk bersembang tentan AF, malaysian idol dan segala macam lagi..... tidak dapat digambarkan rase sedih melihat masyarakat kita yang kononya bertamadun dan maju sedang sebenarnya kita lebih hina dari haiwan. cuba kita lihat senario masyarakat yang sudah tidak kenal anak dan saudara semua diratah tanpa belas, dan wanitanya pulak mengalahkan mat salleh terbelah sane terbukak sini, sedangkan haiwan pn mempunyai bulu utk menutup dan melindungi tubuh. Jadi kita sebagai pemuda - pemudi islam marilah bersama kt kt menjadi suatu trigger kepada masyarakat agar dapat berubah sebelum terlambat. sesungguhnya Allah berfirman(2:267) "hai org2 yg beriman, nafkahknlah (dijalan Allah) sebahagian dari hasil usahamu yg baik2 dan sebahagian dari apa yg kami keluarkan dari bumi untuk kamu. dan jgnlh kamu memilih yg buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya, padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dgn memejamkan mata terhadapnya. dan ketahuilah bahwa Allah maha kaya lagi maha terpuji."maka kt sebagai pemuda pemudi islam yg berjiwa besar segeralh kita bertindak dan berjihad ke jalanNYA sesungguhnya 'tidak akan miskin jika kita membela islam'. mungkin kemanisan itu tdk dibayar disini kerana nikmatnya tak terbayar oleh dunia,namun pasti kita takkan menyesal. siapa lagi jika bukan kita dan bila lagi jika bukan sekarang.

Thursday, September 15, 2005

Tirai besi


hari yg berlalu agak membosankn, tak lama lg dh nak final ..... kadang2 tersentak di sudut kecil atau mungkin disuatu penjuru yg tak diketahui lokasiny dlm hati yg kecil ini(namun sebenarnya ia organ terbesar dlm tubuh) terasa apa yg telah aku buat sepanjang aku hidup ni... apa sumbangan yg tlh aku buat... andai tak mampu utk orang lain utk diri sendiri pun cukuplah..... bila dipikir balik macam hidup ni kosong......walau terkadang diri melaung2kn kata2 mengabdi diri dan berserah diri pd DIA namun ia hanya hipokrit semata.... sampai bila nak jadi macam ni.... hidup ni jugak kadang2 mcm burung dlm sangkar . sedari kecil tatkala mata terbuka ,paru2 mula menerima udara pertama, organ2 tubuh mula bekerja dgn sendiri utk berdikari diri sudah terkurung didalam sangkar..... pabila diri dah meningkat dewasa paruh dah mula panjang dan megeras terasa diri sudah gah...melihat sahabat2 diluar yg gembirabeterbangan tanpa dibatasi sempadan membuakkn lg diri utk keluar ..lalu paruh yg panjang mula belajar menguis selak dipintu sangkar yg membezakan antara dua dunia... andai nafsu tak dapat menolak keinginan diri utk keluar maka paruh yg panjang tadi dapat mambuka selak sangkar tadi lalu beterbanganlah burung tadi dengan girangnya tanpa memikirkan natijahnya...... hidup yg bebas diluar tak seprti yg diimpikan .kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.. siapa yg kuat menjadi raja siapa yg kalah terus merana...kini tempat bergantung tiada lagi lalu terdetik kambali rasa insaf utk inginkembali lepangkal jalan..... begitulah manusia sangkar ni ibarat islam tu sendiri walau disuatu sudut ada yg beranggapan islam tu menghalang kehidupan bebas manusia namun disebaliknya seribu hikmah... kita dilindungi dari segala bahaya dan dosa.... makanan ibarat jaminan pahala andai kita patuh padaNYA makanan akan diberi tanpa diminta balasan.....lalu mengapa kita memilih hidup diluar sangkar yg sememangnya indah khabar dari rupa dan tidak dapat menjanjikan apa2 kerna bahaya sering menanti kita, andai ajalny sampai maka mati kataklah dia tanpa dihiraukan maka terseksalah jasad dan batinnya.....so jalan mana yg kita pilih jalan yg luas ke jalan yg sempit????
p/s ini hanya dari sudut pandangan aku je andai tersalah tegurlah aku

Wednesday, September 14, 2005

dihati ini hanya tuhan yg tahu

hari ni, oop bkn hari ni smalam. bende klaka blaku kt klas microbe...kwn aku kene soal... lecturer tanya what is the target organ in the gastrointestinal infection(tuan badan jgn mara aaaa..) pastu die diam. lect. ty lg is it brain.... pelan- pelan die angguk.. do you sure? dgn steadyny dan mungkin brcampur rasa sengal2 skit die jawab balik "brain" . rase cam nak tegelak (gastrointestinal ni kat perut=intestine) camne mamat ni boleh ya kan saje ckp lect. tu padahal terang2 bende tu salah ... ni yg dikatakan kehebatan lect.microbe kami. walaupun kadang2 aku rase cam tension masuk klas die tp bile pikir2 balik apsal bile die marah kt takde rase nak marah die balik.... hmmmm apsal yep??? aku dok bincang2 ngan mamat yg kene marah kat kedai mamak. kami berkata sepakat mungkin tukah tande die ni marah ikhlas......kat sini kt bleh nampak... kadang2 bende yg kite tak suke bende tulah yg baik utk kite dan kadang2 bende yg kite suke tulah yg tak bagus utk kt..........ni lah kelemahan kt... suke membuat "first impression" yg sebenarny menjadi mind set dlm otak kt dan akhirny kt membuat penilaian yg tak betul ... akhir skali kt gak yg merana...................... ikhlas ni kadang2 susah org nak nampak dan kadang2 susah org nak terima ...sebab tulah org kata dihati ini hanya Allah yg tahu....manusia itu hy dapat membuat macroscopic observation je....tp manusia ttp suka pd yg nampak je padahaltuhan yg bg pahala and dosa..........
p/s tp sayang skali lect. microbe kami bukan muslim.......

Saturday, September 10, 2005

triggers

assalamualaikum kpd sahabat2 disana disini dan d'mana2 blog2 korang telah muanguja kan aku untuk turut sama menjadi blogger yang berjuang atas matlamat tersendiri..... smoga d'pentas ini bakal tercetus perubahan dan segala macam cetusan yg dpt terbit hatta dr celahan batu ,dinding atau meja komputer korang....